fbpx
Dennis Lim (kiri) pada sidang akhbar di IPD Timur Laut, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO! ONLINE

Lelaki dicekup simpan dadah dalam rumah kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang membongkar kegiatan licik seorang lelaki yang menyimpan 3.1 kilogram (kg) dadah jenis MDMA di sebuah rumah kampung di Teluk Air Tawar, Butterworth di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun itu diberkas dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

“Suspek lelaki tu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah yang menyasarkan pasaran kelab hiburan.

“Dadah MDMA yang dirampas itu dianggarkan mempunyai nilai RM470,000 dan dipercayai untuk pasaran kelab dengan harga jualan sekitar RM150 bagi setiap paket,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, suspek yang merupakan pekerja kitar semula itu kini masih dalam tempoh reman sehingga 27 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu lagi, seramai 36 individu telah diberkas menerusi 31 serbuan Ops Soga sepanjang perlawanan Piala Dunia FIFA 2026.

Dennis Lim berkata, operasi yang dijalankan dari 11 Jun hingga 19 Julai itu menyaksikan 31 kertas siasatan dibuka membabitkan 33 lelaki dan tiga wanita yang ditahan.

“Sebanyak 24 kertas siasatan telah dibawa ke peringkat pendakwaan dengan 23 kes selesai melalui pengakuan bersalah, manakala satu kes masih dalam perbicaraan,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN