fbpx
Dzulkefly pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Kick Off Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan di Kuala Selangor. - Foto oleh AFIQ RAZALI

Bekalan ubat tibi mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA SELANGOR – Bekalan ubatan penyakit tuberculosis atau tibi dijamin mencukupi walaupun berlaku peningkatan kes baharu di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau menghargai keprihatinan masyarakat berhubung isu tersebut dengan Ramadan bukan punca utama penularan penyakit berjangkit itu.

“Insya-Allah bekalan ubat setakat ini masih cukup. Orang ramai perlu amalkan etika batuk yang betul dan memakai pelitup muka di tempat sesak jika bergejala,” katanya selepas melancarkan Program Kick Off Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini, lewat petang tadi.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 596 kes baharu tibi direkodkan pada Minggu Epidemiologi keenam tahun ini dengan menjadikan jumlah keseluruhan 3,161 kes, meningkat lebih 23 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu 755, diikuti Selangor (596), Sarawak (332), Johor (280) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (244). Manakala Wilayah Persekutuan Labuan pula merekodkan kes terendah sebanyak 18. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI