fbpx
CARRICK berjaya mengemudi kebangkitan United setakat ini, namun reputasinya masih diragui. - AFP

EPL: Carrick belum miliki profil elit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United digesa melantik jurulatih yang memiliki profil Liga Juara-Juara bagi mengembalikan status kelab itu sebagai pencabar kejuaraan, meskipun prestasi di bawah pengendali sementara Michael Carrick menunjukkan peningkatan ketara.

Carrick mencuri perhatian selepas membimbing United menewaskan dua pencabar utama liga, Arsenal dan Manchester City, selain meraih kemenangan ke atas Fulham serta Tottenham Hotspur.

Meskipun rentetan kemenangan empat perlawanan berakhir dengan keputusan seri menentang West Ham, United kekal tanpa kalah di bawah Carrick dan terus berada dalam kelompok kelayakan Liga Juara-Juara.

Bekas pemain antarabangsa England, Andy Townsend memuji impak segera Carrick, namun percaya United memerlukan pengendali lebih berpengalaman di pentas tertinggi.

“Saya rasa ada jurulatih lain yang lebih sesuai untuk kelab sebesar Manchester United walaupun Carrick melakukan tugas dengan baik,” katanya.

Townsend menamakan pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone sebagai calon ideal kerana reputasinya mengendalikan pemain bintang dan berdepan tekanan di peringkat elit.

“United perlu jurulatih elit yang pernah menguruskan pemain besar dan memahami tekanan di kelab gergasi. Simeone memiliki kualiti itu,” jelasnya.

Bagaimanapun, Townsend tetap mengakui pendekatan Carrick memberi kebebasan kepada pemain untuk bermain lebih spontan sekali gus mencetuskan kebangkitan prestasi pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN