fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu mencabut bulu ketiaknya lalu diletakkan di dalam stik. - Pony Dining The Rocks

Helah makan ‘free’, pelanggan cabut, letak bulu ketiak dalam stik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CANBERRA – Seorang lelaki mengundang perhatian orang ramai apabila sengaja mencabut dan meletakkan bulu ketiaknya ke dalam hidangan stik di sebuah restoran di Australia, lapor akhbar Mirror UK. 

Kejadian berlaku di Pony Dining The Rocks di Sydney, baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan menunjukkan sebuah keluarga terdiri daripada enam orang termasuk lelaki itu sedang menikmati hidangan daging yang mahal. 

Tidak lama kemudian, lelaki terbabit tiba-tiba mencabut bulu ketiak lalu ditaburkan di atas stiknya. 

Pengurus Pony Dining The Rocks berkata, keluarga itu memesan makanan paling mahal dengan keseluruhan bil mencecah £312 (RM1,665). 

“Keluarga itu memesan stik mahal termasuk tomahawk berharga lebih £72 (RM384). Semuanya bersih, mereka juga mempunyai meja yang cantik. 

“Selepas makanan dihidangkan, mereka mengadu tentang penemuan rambut dalam hidangan dan enggan membuat pembayaran. Pasukan kami mengalami layanan yang teruk semasa interaksi itu,” kata pengurus restoran itu.

Beliau menambah, rakaman CCTV itu dimuat naik di media sosial untuk meningkatkan kesedaran supaya restoran lebih berhati-hati.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN