fbpx
JDT dijangka tidak berdepan masalah untuk mengutip keputusan positif ke atas Melaka dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam ini.

JDT mahu lepas geram lanyak Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka menjadikan Melaka FC sebagai mangsa lepas geram apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Kekalahan 1-2 kepada kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima dalam saingan Liga Juara-Juara Elit (ACLE) menjadikan Harimau Selatan ‘tidak senang duduk’ dan mahu segera menjelmakan kebangkitan bagi memulihkan motivasi pasukan.

Pengendali JDT, Xisco Munoz menjelaskan anak buahnya sudah memperoleh ilmu baharu ketika kunjungan ke Jepun dan ia perlu dipraktikkan dalam perlawanan selepas ini.

“Kami perlu teruskan apa yang kami lakukan dan belajar daripada kesilapan kecil yang berlaku kerana kami mahu cuba mencapai tahap tertinggi seperti perlawanan ini (ACLE).

“Kami hanya boleh memikirkan tentang apa seterusnya menanti kami selepas ini, cuba kembali pulih secepat mungkin dan kekal positif kerana pemain sentiasa bekerja keras,” katanya.

Seperti yang dijangkakan peminat bola sepak tempatan, JDT memiliki kelebihan dari pelbagai aspek berbanding Melaka dan teka-teki kini dilihat menjurus kepada berapa jumlah jaringan yang mampu dihasilkan.

Tidak hanya misi untuk mempertahankan kejuaraan, pertemuan dengan Melaka juga boleh dianggap perlawanan ‘pemanas badan’ sebelum menghadapi aksi terakhir fasa liga ACLE menentang satu lagi kelab Jepun, Vissel Kobe.

JDT kini dilihat perlu memastikan kejayaan ke atas Vissel Kobe sekali gus mencerahkan harapan untuk cuba melayakan diri ke pusingan kalah mai ACLE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN