fbpx
Sunway Medical Centre, Sunway City mencatat pencapaian pembedahan tulang belakang robotik ke-100 dengan penggunaan teknologi suite AiBLE™.

SMC catat kejayaan pembedahan ke-100 menggunakan teknologi AiBLE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), hospital kuaternari swasta terbesar di negara ini berjaya mencatat pembedahan tulang belakang robotik Suite Pembedahan Robotik Tulang Belakang AiBLE™ yang ke-100.

Teknologi yang dilancarkan di SMC pada Februari 2025 merupakan generasi baharu sokongan berpandukan robotik untuk pembedahan tulang belakang, yang memberikan ketepatan, konsistensi, dan kecekapan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Seow Vei Ken berkata, kejayaan pembedahan itu membuktikan kebolehan, kolaborasi dan kemajuan teknologi yang dicapai oleh pasukan pelbagai disiplin di Pusat Pembedahan Robotik dan Pembedahan Invasif Minimum hospital berkenaan.

Jelas beliau, pencapaian itu membuktikan minat klinikal yang tinggi dan mengukuhkan kedudukan SMC sebagai pengguna awal suite AiBLE™ di Malaysia dan Asia Tenggara.

“Suite AiBLE™ yang diintegrasikan dengan sistem pengimejan MRI dan CT terbaru membantu kami meningkatkan lagi kelengkapan yang tersedia untuk pakar klinikal kami dalam merawat kes tulang belakang yang kompleks.

“Pencapaian itu merupakan cerminan komitmen pasukan SMC dan kami akan memperkukuh asas tersebut demi meneruskan kemajuan inovasi, kecemerlangan klinikal, serta kepuasan pesakit yang positif,”katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Vei Ken berkata, suite itu juga digunakan untuk menyokong perancangan pembedahan serta navigasi semasa prosedur tulang belakang.

Jelas beliau, dengan penyelesaian tulang belakang bersepadu itu, pakar bedah dilengkapi dengan perancangan tiga dimensi yang terperinci sebelum pembedahan, dan panduan masa nyata semasa prosedur.

“AiBLE™ juga direka untuk meningkatkan ketepatan penempatan implan, invasif minima, mengurangkan komplikasi intraoperatif dan selepas pembedahan, serta mengurangkan pendedahan radiasi.

“AiBLE™ adalah sebahagian daripada inisiatif SMC untuk terus meningkatkan akses kepada penjagaan tulang belakang berkualiti bagi semua rakyat Malaysia,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI