PENGGUNAAN alat forward-facing sonar (FFS) atau ‘sonar menghadap ke depan’ semakin mendapat perhatian dalam bidang perikanan dan kalangan komuniti pemancing profesional. Teknologi yang membolehkan nelayan atau pemancing melihat pergerakan ikan secara langsung di sekitar bot itu bukan sahaja mengubah teknik memancing, malah turut dianggap sebagai satu revolusi moden masa kini di seluruh dunia. Menurut pemancing profesional, Jeff Samuel, alat tersebut berfungsi seperti ‘mata kedua’ di bawah permukaan air yang dapat memberikan gambaran masa nyata tentang kedudukan, struktur dasar serta tindak……














