fbpx
Anwar ketika berucap pada Malam HKM2026, semalam.

Media perlu manfaat teknologi tanpa hakis nilai kemanusiaan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri menyeru agar pengamal media terus memanfaatkan teknologi untuk memperkasa penyampaian maklumat, namun tidak boleh menghakis nilai kemanusiaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nilai itu penting dalam kewarasan pertimbangan serta disiplin yang menjadi asas profesion kewartawanan.

“Media yang bebas dan bertanggungjawab mempunyai peranan besar dalam membentuk pemikiran masyarakat, memperkukuh demokrasi serta menyuburkan budaya ilmu dan wacana yang sihat,”katanya di laman Facebook selepas menghadiri malam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2026 (HKM2026), semalam.

Pada majlis itu, Anwar turut menyentuh cabaran era kecerdasan buatan dan ledakan maklumat tanpa sempadan.

Beliau menegaskan bahawa kewartawanan yang berteraskan fakta, integriti dan tanggungjawab semakin mustahak.

“Teruslah menjadi suara kebenaran, mempertahankan etika dan menggalas amanah ini dengan berani demi kepentingan rakyat serta masa depan negara,” ujarnya.

Majlis berprestij itu juga menyaksi dua jurufoto Media Mulia Sdn. Bhd telah memenangi kedudukan emas dan perak bagi Anugerah Foto Terbaik HKM 2026.

Muhammad Syakir dan Muhammad Fariz memenangi kedudukan emas dan perak bagi Anugerah Foto Terbaik HKM 2026, di ibu negara semalam. Foto oleh AMIR KHALID

Muhammad Fariz Rusadio berjaya merangkul kemenangan emas menerusi foto pelumba pasukan Aprilia Racing, Jorge Martin yang tercampak semasa sesi ujian pramusim 2025 di Litar Antarabangsa Sepang.

Seorang lagi jurugambar, Muhammad Syakir Radin Ab Halim turut meraih kemenangan perak bagi kategori sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN