fbpx
TERTUDUH diiringi pegawai SPRM selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Bekas pengurus jualan didenda RM210,000 kes rasuah urusan pinjaman rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank didenda RM210,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 20 pertuduhan menerima suapan berkaitan urusan pinjaman perumahan berjumlah RM211,636.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Faqih Mustapha, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pilihan, lelaki itu menerima RM880 hingga RM16,723 setiap transaksi sebagai ganjaran kerana memudahkan firma guaman diberikan rujukan kes daripada bank ketika menjawat jawatan pengurus jualan.

Tertuduh didakwa tidak melaporkan pemberian itu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pegawai polis seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009.

Sebanyak 19 transaksi disalurkan ke akaun bank adik perempuannya, manakala satu transaksi dimasukkan ke akaun bank miliknya. Kesalahan dilakukan di sebuah bank di Graha Peladang, Jalan Hang Tuah pada  Mei 2018 hingga September 2022.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya.

Terdahulu, Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili Mohamad Faqih merayu denda minimum diberikan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh selain anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan bagi mencerminkan kepentingan penguatkuasaan undang-undang terhadap rasuah.

Mahkamah menetapkan denda RM210,000 atau penjara dua hingga empat bulan jika gagal bayar. Wang jaminan RM87,000 turut dipulangkan semula kepada tertuduh dan lelaki itu membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN