SHAH ALAM – Lelaki kurung, ikat, liwat remaja akan didakwa dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah mendapat arahan pertuduhan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
“Saya dimaklumkan arahan pertuduhan telah diberikan oleh Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan akan dibuat pertuduhan secepat mungkin.
“Bila dibuat pertuduhan, kita akan maklumkan kepada rakan-rakan media untuk mendapatkan maklumat di mahkamah yang berkaitan,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan suspek yang menjadi buruan selama lima hari selepas melakukan jenayah seksual itu akhirnya berjaya ditangkap pada petang, Sabtu lalu di bilik sewanya di Kuala Lumpur.
Siasatan awal mendapati suspek melarikan diri ke ibu negara dengan menaiki pengangkutan awam sebelum menyewa bilik baharu selepas melakukan jenayah tersebut di daerah ini.
Suspek kini sedang dilanjut reman selama lima hari sehingga 23 Mei depan dengan kes disiasat mengikut disiasat mengikut Seksyen 342, 377C dan 323 Kanun Keseksaan.
Mengulas mengenai perkembangan siasatan pemandu warga emas dan penghantar makanan di Jalan 17/21 Petaling Jaya, Shazeli memaklumkan pihaknya masih menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan. – KOSMO! ONLINE














