fbpx
YUSOFF

Exco beri bayangan tidak bertanding semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEKAS Timbalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi memberi bayangan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) belum sedia untuk kembali bertanding dalam kongres pemilihan akan datang selepas meletakkan jawatan secara kolektif kelmarin.

Sebagai rekod, semua 16 Exco FAM yang baru dilantik tahun lalu hanya menyandang jawatan kurang daripada 12 bulan sebelum mengosongkan jawatan bagi mengelakkan hukuman berat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen pemain warisan.

Mengikut statut FAM, satu Kongres Luar Biasa perlu diadakan dalam tempoh tiga bulan bagi memilih kepimpinan baharu sekali gus memulihkan reputasi badan induk bola sepak negara itu.

Mohd. Yusoff berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk memberi sebarang petunjuk dan lebih baik fokus untuk melihat perubahan yang bakal berlaku di peringkat pentadbiran FAM.

“Setakat ini, mereka (bekas Exco) belum beri sebarang isyarat untuk bertanding semula, mungkin sebab situasi ini masih baharu bagi mereka.

“Secara peribadi, kita mahu lihat dulu apa perubahan dalam FAM, apa cadangan daripada AFC untuk memperbaiki keadaan.

“Kita nak tengok penambahbaikan, kalau ada kelemahan diperbaiki. Mungkin selepas itu barulah mereka ada niat untuk bertanding semula.”

“Tapi buat masa ini memang belum ada petunjuk. Semua pihak hanya mahu lihat FAM jadi lebih baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN