fbpx
SEMUA 12 pemain warisan Harimau Malaya dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat.

CAS tangguh hukuman tujuh pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendapat ‘kemenangan moral’ apabila hukuman itu ditangguhkan buat sementara waktu.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan, lewat malam tadi.

“FAM ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

“Keputusan ini bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh FIFA terhadap tujuh pemain Harimau Malaya tersebut ditangguhkan buat sementara waktu dan mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat,” kata FAM.

Sebelum ini, reputasi FAM peringkat antarabangsa tercalar apabila FIFA mengenakan denda dan penggantungan kepada tujuh pemain Harimau Malaya terbabit atas dakwaan memalsukan dokumen kelahiran dan susur galur untuk mewakili Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN