fbpx
YAMAHA tidak meletakkan impian tinggi terhadap jentera V4 mereka yang dianggap masih belum mencapai tahap kesempurnaan. - FB MONSTER ENERGY YAMAHA

MotoGP: Yamaha tidak letak harapan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Yamaha enggan menjanjikan ‘bulan bintang’ mengenai sasaran mereka pada musim 2026 selepas mengakui enjin bernadikan V4 yang bakal digunakan masih belum mencapai tahap kesempurnaan seperti enjin Inline-4 sebelum ini.

Pengakuan jujur itu disuarakan oleh Pengarah Besar Pembangunan Sukan Permotoran Yamaha, Takahiro Sumi ketika pelancaran pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.

Sumi menjelaskan, walaupun era baharu V4 Yamaha bermula secara rasmi pada 2026, masih terdapat kelompongan prestasi yang perlu diatasi segera oleh gabungan jurutera di Jepun dan Itali.

“Sudah tentu, masih ada beberapa bahagian di mana kami belum mencapai tahap prestasi seperti enjin Inline-4 kami yang terdahulu, yang mana kami sudah sangat arif mengenainya.

“Bagaimanapun, kami kini sedang menggabungkan segala kepakaran dan pengalaman yang ada ke dalam enjin baharu ini,” katanya.

Biarpun mengakui enjin itu masih baharu, Sumi tetap optimis dengan potensi awal yang ditunjukkan jentera YZR-M1 berkuasa V4 itu, terutamanya dari segi kestabilan dan kuasa pecutan.

“Salah satu objektif platform V4 ini adalah untuk mendapatkan prestasi yang lebih luas. Kami sudah melihat perkembangan memberangsangkan pada elemen utama seperti kestabilan brek, potensi pecutan meningkat serta lebih konsisten dalam tunggangan jarak jauh,” jelasnya.

Musim lalu menyaksikan Yamaha melakukan kerja ‘gila’ apabila membangunkan tiga platform serentak (M1 2025, V4 2025 dan V4 2027) sebagai persediaan menghadapi perubahan drastik.

Kini, fokus Yamaha adalah untuk memastikan momentum pembangunan tidak terhenti dengan sasaran keputusan di litar akan hadir secara semula jadi jika jentera berada di landasan yang tepat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI