fbpx
CAPTION: JDT seakan mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Piala Malaysia selepas kemenangan besar diraih ke atas PDRM.

Piala Malaysia: Dominasi mutlak Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan kekuatan dengan membenam PDRM FC 10-1 pada perlawanan pusingan 16 pertama Piala Malaysia kelmarin sekali gus meletakkan sebelah kaki ke pusingan seterusnya.

Jurulatih JDT, Xisco Munoz menegaskan kemenangan besar itu bukan sekadar mengenai jaringan, sebaliknya berpunca daripada mentaliti pemain yang kekal fokus dari minit pertama hingga wisel penamat.

“Salah satu perkara paling penting ialah kami memulakan perlawanan dengan sangat baik. Pemain menunjukkan intensiti tinggi sejak awal, menekan lawan dan bermain dengan idea yang jelas.

“Kadang-kadang orang fikir mudah untuk sentiasa menang dengan jaringan besar, tetapi bagi saya yang paling penting adalah mentaliti pemain kerana mereka tidak pernah berhenti, dari minit pertama hingga minit terakhir,” katanya.

Munoz turut menegaskan kemenangan besar tidak membuatkan pasukannya leka, sebaliknya menganggap setiap perlawanan sebagai penting dalam usaha mengekalkan prestasi konsisten.

“Kami perlu terus berfikir tentang perlawanan seterusnya. Hujung minggu ini kami akan bermain lagi dan kita perlu mengekalkan mentaliti, kekuatan serta intensiti yang sama kerana setiap perlawanan adalah penting bagi kami,”ujarnya.

Kemenangan besar itu turut menyerlahkan prestasi pemain import, Teto Martin yang meledak enam gol dalam perlawanan berkenaan, satu pencapaian luar biasa dalam penampilan pertamanya di posisi penyerang utama.

“Teto adalah penyerang dan dia menjaringkan enam gol. Ini kali pertama dia bermain di posisi itu bersama kelab ini dan ia sesuatu yang sangat positif. Saya sangat gembira untuknya dan dia layak dengan persembahan hari ini,” kata Munoz.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI