fbpx
Aishah Azman dikatakan cuba 'menghimpit' Kamal Adli selepas aktor tersebut bercerai sedangkan dia hanya menitipkan doa buat rakan seperjuangan.

Sekadar doa, Aishah Azman cuba ‘himpit’ Kamal Adli?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GARA-GARA memberikan kata-kata sokongan dan semangat terhadap rakan gandingannya dalam drama Dia Imamku, Kamal Adli yang baru bergelar duda, tidak semena-mana nama Aishah Azman jadi panas.

Kisahnya, adik kepada pelakon Afiq Muiz itu hanya mendoakan Kamal terus kuat menjalani kehidupan selepas bercerai talak satu dengan aktres Uqasha Senrose. Namun, tindakan baiknya memancing perhatian netizen apabila dia disangka  cuba menghimpit si duda hangat yang disayangi ramai itu. Apa pun Aishah sudah menjelaskan dia tiada niat lain tetapi hanya mendoakan pelakon yang dikenali dan pernah bekerjasama dengannya. 

Siapalah yang tak terkejut kalau dituduh sebegitu. Patutlah dia ingatkan agar netizen jangan busuk hati bersangka buruk.

DIVA: Ramai pula yang mengakui jadi mangsa pedofilia, buatlah report polis!



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN