fbpx
Izham selesai menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Ternak babi: Izham sembah maklum 45 minit kepada Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Semua okay dan berjalan dengan baik. Kita jumpa petang ini,”.

Demikian kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir. Izham Hashim selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan isu ternakan babi di Kuala Langat hari ini.

Menurutnya, pertemuan di Istana Bukit Kayangan di sini, itu bermula pukul 10 pagi dan selesai menyembah maklum kepada baginda kira-kira 45 minit.

“Saya telah membuat perbentangan dan perincian kepada baginda Tuanku. Selepas ini saya perlu berjumpa Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) dahulu untuk berbincang sebelum sidang media diadakan,” katanya ringkas ketika ditemui di luar perkarangan istana itu.

Sidang media khas mengenai isu itu dijadualkan berlangsung di pejabat Izham di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, pukul 2.30 petang ini.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri yang membenarkan operasi ternakan babi di Tanjong Sepat sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN