fbpx
Keadaan mangsa di pekarangan luar restoran makanan segera di Kuala Langat, malam tadi.

Polis sahkan lelaki mati ditembak di restoran Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Polis mengesahkan seorang lelaki maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran makanan segera di Banting, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pusat Respons Kecemasan (MERS) 999 pada kira-kira pukul 10.05 malam.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan tembakan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam peringkat siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti jumlah tembakan serta bahagian tubuh mangsa yang terkena tembakan.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan suasana di hadapan restoran makanan segera di Kuala Langat, gempar apabila seorang lelaki maut ditembak, malam tadi.
— KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI