fbpx
SEORANG wanita ditangkap kerana menyembunyikan pelbagai barangan curi di dalam skirt. - Foto Jam Press@london_content_media

Wanita masuk kedai runcit, sembunyi kotak telur dalam skirt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang pencuri di barat London ditangkap selepas didapati menyembunyikan pelbagai barangan termasuk tiga kotak telur dan sembilan gulung tisu tandas di dalam skirt dipakainya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Wanita itu ditahan petang kelmarin selepas seorang pelanggan kedai runcit menyedari skirt dipakainya kelihatan menggelembung dan bergerak secara tidak semula jadi ketika dia berjalan.

Pekerja kedai kemudian terkejut melihat  jumlah barangan yang ditemukan di dalam skirt ala Mary Poppins, watak fiksyen terkenal dalam cerita dan filem kanak-kanak. Nilai barangan yang dicuri adalah lebih £20 (RM109).

Wanita itu kedengaran memberitahu kakitangan kedai: “Saya pulangkan semula.”

Dia juga kedengaran menjerit menggunakan kata-kata kesat dan mengarahkan kakitangan kedai supaya tidak menyentuhnya.

Dia ditangkap dan kini berada dalam tahanan polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN