fbpx

Hamil anak nombor 3, Uyaina mengidam emas sampai ke Kuala Pilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hamil anak ketiga, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui mengidam emas sehingga sanggup ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi membeli aksesori hadiah buat diri sendiri.

Uyaina atau nama lengkap Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, berkata, kunjungan ke daerah yang sebelum ini didengar menawarkan harga lebih rendah membolehkannya memiliki barang kemas idaman.

“Saya tanya warga Threads, orang Kuala Pilah kata emas mereka murah. Bagi mendapatkan kepastian, saya pergi dan ternyata memang benar dan berbaloi.

“Saya masuk lapan kedai, tinjau satu per satu. Saya tengok harga emas, harga upah, reka bentuk dan kemudian buat perbezaan antara kedai yang saya masuk,” katanya.

Secara berseloroh, isteri kepada pelakon, Raja Syahiran itu menyatakan selepas ini berkemungkinan besar dia akan lebih kerap ke daerah tersebut.

Ditebak mengenai jantina bayinya, akui Uyaina perkara berkenaan belum dapat dipastikan.

Difahamkan, kandungannya kini sudah memasuki bulan ketujuh.

Begitupun, akuinya andai bakal menimang anak perempuan, secara tidak langsung berkemungkinan itu punca keinginan membeli logam berharga tersebut.

Namun dia sekali lagi berseloroh jika dapat bayi lelaki pula mungkin puteranya itu bakal bergelar tuan punya kedai emas suatu hari nanti.

Terdahulu, perkahwinannya dengan Raja Shahiran dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN