fbpx
Tangkap layar video menunjukkan penyelamat pantai memasukkan belut gergasi itu ke dalam beg plastik di tepi pantai. - East2West

Belut gergasi naik permukaan, serang pelancong 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Seorang pelancong warga Russia cedera apabila kakinya digigit seekor belut gergasi ketika berenang di sebuah pantai di Mesir, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku berhampiran Resort Beach Albatros di Hurghada baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan seorang anggota penyelamat pantai sedang menarik belut itu dari air sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik berwarna biru.

Beberapa pengunjung kelihatan panik semasa menyaksikan tangkapan itu. 

Pelancong berkenaan dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Media tempatan melaporkan bahawa belut itu dilepaskan semula ke dalam laut yang jauh daripada pelancong. 

Belut kebiasaannya tinggal di lubang terumbu karang atau bangkai kapal dan boleh mencapai saiz antara 1.5 meter hingga 3 meter panjang. 

Gigitan haiwan itu boleh menyebabkan keradangan yang teruk atau ulser sekiranya toksin memasuki luka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN