fbpx
TANGKAP layar menunjukkan ular menyerang balas penunggang motosikal yang cuba menggilisnya. - Jawa Pos

Tidak mati digilis, ular serang balas penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan detik seorang penunggang motosikal menggilis seekor ular yang melintas jalan menggunakan kenderaannya, lapor laman  berita Jawa Pos.

Bagaimanapun, tindakan lelaki terbabit membawa padah apabila ular yang digilis tidak mati atau melarikan diri, sebaliknya bertindak agresif dan melancarkan serangan balas.

Sejurus digilis, ular tersebut melonjak dan cuba mematuk penunggang motosikal. 

Video insiden iyang tersebar meluas di platform media sosial itu mengundang pelbagai komen netizen.

Rata-rata,  pengguna media sosial mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu dan mengingatkan orang ramai tidak sewenang-wenangnya mengganggu haiwan liar kerana perbuatan sedemikian bukan sahaja berisiko mengancam nyawa sendiri, malah turut membahayakan keselamatan orang lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN