fbpx
REEZAL MERICAN ditemui pemberita ketika hadir pada program Perjumpaan Bersama Masyarakat dan Jentera BN di Dataran Flat Cengal Taman Putri, Kulai hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PRN Johor: Parti lawan tak ada modal serang peribadi Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Tindakan parti lawan yang didakwa lebih banyak menyerang peribadi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi disifatkan sebagai petanda mereka ketandusan modal untuk menyerang pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, serangan bersifat peribadi yang dimainkan pihak lawan menunjukkan mereka gagal mencari kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan BN.

Menurut beliau, sokongan rakyat terhadap BN setakat ini turut memberi gambaran bahawa rakyat Johor secara keseluruhannya berpuas hati dengan kepimpinan Onn Hafiz.

“Sokongan yang ditunjukkan rakyat setakat ini memberi gambaran bahawa secara umumnya di Johor, tahap kepuasan hati terhadap kepimpinan Onn Hafiz amat tinggi.

“Apabila parti-parti saingan sudah tidak ada modal untuk menyerang pentadbiran, mereka mula beralih kepada serangan peribadi.

“Beliau dikatakan pendek, muda, angkuh dan dipersoalkan tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal, sedangkan pembubaran dilakukan selepas empat tahun dua bulan dan banyak DUN lain juga dibubarkan dalam tempoh sama,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat dan Jentera BN di Dataran Flat Cengal, Taman Putri, di sini hari ini.

Turut hadir Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor.

Reezal Merican berkata, sokongan yang diterima BN ketika ini juga memberi petunjuk awal bahawa rakyat Johor mahu kesinambungan agenda Maju Johor diteruskan.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata, pelbagai serangan peribadi yang dilemparkan terhadapnya sejak awal kempen tidak sesekali mematahkan semangat untuk terus berjuang.

Menurut beliau, serangan tersebut mula memuncak selepas BN Johor mengumumkan akan bertanding secara solo dan meletakkan calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Macam-macam mereka panggil saya, ada yang kata saya tak cukup tinggi, ada yang cakap saya sombong dan bongkak, malah dipanggil budak-budak.

“Tetapi sedikit pun ia tidak mematahkan semangat kita untuk terus berjuang,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN