fbpx
Saarani.

Yeo Bee Yin tak sensitif, gagal faham realiti politik dan emosi masyarakat – UMNO Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Badan Perhubungan UMNO Perak mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang secara terbuka meraikan keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu bukan sahaja tidak sensitif, malah memperlihatkan kegagalan pemimpin berkenaan memahami realiti politik dan emosi masyarakat.

Beliau berkata, ia lebih-lebih lagi melibatkan seorang bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.

“Meskipun semua pihak sewajarnya menjunjung prinsip demokrasi dan menjunjung kedaulatan undang-undang, namun ia bukan alasan untuk mana-mana individu termasuk ahli politik bersikap biadab dengan mengejek meraikan penderitaan orang lain.

“Ketika rakyat mengharapkan kerajaan ini menjadi payung kestabilan dan ketenangan politik, kenyataan pemimpin tersebut hanya memercik api permusuhan sekali gus mengundang prasangka yang mampu menggoncang keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya di sini hari ini.

Saarani menegaskan bahawa politik bukan medan untuk menzahirkan dendam atau meraikan kejatuhan pihak lain, sebaliknya wadah menjunjung tanggungjawab, empati dan kebijaksanaan, bukannya mencipta naratif yang menyimbah minyak ke atas api yang masih membara.

“Oleh itu, UMNO Perak mengingatkan bahawa sensitiviti politik bukan perkara yang patut diremehkan.

“Kenyataan-kenyataan provokatif seperti ini hanya akan mencederakan usaha membina kestabilan politik serta mengguris perasaan sebahagian besar rakyat yang percaya dan menghargai jasa pemimpin.

“Ia juga merosakkan kepercayaan awam terhadap kematangan dan adab pemimpin politik,” katanya.

Beliau berkata, UMNO Perak tegas dengan pendirian bahawa perbezaan pandangan politik tidak pernah menghalalkan sikap tidak berperikemanusiaan.

Saarani berkata, mereka juga menolak sekeras-kerasnya budaya politik yang menjadikan penderitaan orang lain sebagai bahan ejekan atau modal politik murahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN