fbpx
Mohd. Azmi

Henti politik serang-menyerang di media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua pemimpin parti politik di negara ini diseru menghentikan budaya saling berbalas hujah dan serangan terbuka di media yang disifatkan semakin memenatkan rakyat.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, rakyat ketika ini mahu melihat fokus diberikan kepada usaha memajukan negara berbanding pertikaman politik yang berpanjangan.

Beliau berkata, rakyat tidak menolak perbezaan pandangan dalam politik, namun semakin jemu dengan pertikaman lidah, polemik berulang dan politik persepsi yang tidak memberi manfaat kepada kehidupan harian mereka.

“Rakyat mahu bergerak ke hadapan dan tidak terus terperangkap dalam konflik elit politik yang berpanjangan,” katanya menerusi surat terbuka kepada semua pemimpin parti politik hari ini.

Beliau berkata, rakyat kini lebih memikirkan isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan anak-anak, akses kesihatan serta masa depan ekonomi negara.

Sehubungan itu, katanya, tenaga politik seharusnya ditumpukan kepada usaha mencari penyelesaian dan bukannya pertengkaran terbuka yang hanya menjejaskan kestabilan negara.

Beliau juga mengingatkan media tidak sepatutnya dijadikan medan perang politik, sebaliknya dimanfaatkan sebagai ruang penerangan dasar, pendidikan rakyat dan perbincangan sihat.

“Apabila media dipenuhi konflik politik tanpa henti, yang rugi adalah rakyat dan kestabilan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN