fbpx
NAZRIEF menghormati permintaan mana-mana pelakon wanita yang melakonkan babak sentuhan secara berlapik

‘Saya tiada masalah pun kalau kurang bersentuhan dengan wanita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Nazrief Nazri menghormati permintaan aktres wanita yang bergandingan dengannya sekiranya mahu melakonkan babak romantis tanpa melakukan sebarang sentuhan.

Menurut Nazrief, perkara tersebut turut dilakukan dalam drama terbaharunya, Setiaku Berdiri lakonan bersama Wanna Ali dan Sweet Qismina.

“Berlakon dengan Wanna dan Sweet sangat mudah tetapi disebabkan semua dah berkahwin, bila melakukan babak romantik perlu banyak bermain dengan ‘camera trick’.

“Sebab kita tak mahu ada bersentuhan sangat. Kalau ada pun, memang atas permintaan pengarah iaitu Rashid Sibir tetapi sentuhan sangat minimum.

“Kalau tak, memang saya hormat dan tak akan pegang,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media drama Setiaku Berdiri di sini, baru-baru ini.

Kata Nazrief, selain permintaan pengarah, babak yang memerlkan sentuhan juga akan dilakukan secara berlapik.

“Kalau ada sentuhan, sekurang-kurangnya berlapik seperti saya lakukan dengan Sweet dan Wanna.

“Sekiranya ada mana-mana pelakon wanita yang ada syarat begitu, saya hormat.

“Cuma kalau nak nampak babak itu lebih intim dan romantis, memang perlu banyak bermain dengan sudut kamera, jadi bagi saya tiada masalah pun kalau kurang bersentuhan dengan pelakon wanita,” ujarnya.

Drama yang kini hangat ditayangkan menerusi saluran Astro Prima itu turut dibintangi Khatijah Tan, Aidit Noh, Ali Reza dan Syamim Freida. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN