fbpx
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Batu 4, Pedas, Rembau, semalam. FOTO NOR AINNA HAMZAH

Lelaki direman 7 hari bantu siasatan penemuan mayat dalam beg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Tampin, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Batu 4, Pedas, Rembau, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner, Idzam Jaafar berkata, tangkapan suspek berusia 41 tahun itu telah dibuat di Melaka semalam dalam tempoh kurang 24 jam penemuan mayat dalam beg tersebut.

“Permohonan reman telah dipohon di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali telah membenarkan reman tujuh hari bermula hari ini hingga 25 Disember ini (khamis depan).

“Buat masa ini, bedah siasat sedang dijalankan pagi ini di Hospital Rembau bagi mengenalpasti mangsa, punca kematian dan identiti,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, polis mengesahkan mayat dalam beg yang ditemukan ditanam di belakang sebuah rumah di Batu 4, Pedas, dipercayai merupakan individu yang dilaporkan hilang di Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN