fbpx
Pengunjung berjalan di Lorong Seni Seremban yang diiktiraf sebagai yang terpanjang oleh MBOR semalam. - Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

Lorong seni RM2.5 juta diiktiraf MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Lorong Seni di sini yang dibina dengan kos RM2.5 juta dan menghimpunkan 50 mural karya pelukis tempatan diiktiraf sebagai sebagai Lorong Seni Terpanjang di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Datuk Bandar Seremban, Datuk Ir. Ts. Masri Baharuddin berkata, ia merupakan pengiktirafan terhadap usaha bersama Majlis Bandaraya Seremban, penggiat seni dan komuniti tempatan.

“Ia juga merupakan satu titik penting dalam mempromosikan Seremban di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, seiring dengan aspirasi kita menuju Tahun Melawat Negeri Sembilan (TMNS) 2026.

“Kami berbangga kerana usaha kecil yang bermula sebagai inisiatif memperindah bandar kini telah menjadi produk pelancongan yang diiktiraf di seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengiktirafan MBOR Lorong Seni Terpanjang di Malaysia di sini semalam.

Menurut Masri, Lorong Seni berkenaan mula dibangunkan sejak 2019 dan siap sepenuhnya pada 2024 dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.5 juta, menghimpunkan 50 mural hasil karya pelukis tempatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN