fbpx
Gambar hiasan.

Dua kolam renang lokasi kejadian lemas tiada lesen PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dua kolam renang yang menjadi lokasi kejadian lemas melibatkan dua kanak-kanak kelmarin didapati beroperasi tanpa lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sekali gus menimbulkan persoalan terhadap tahap pematuhan keselamatan premis rekreasi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar, berkata kegagalan mendapatkan kelulusan PBT menyebabkan aspek keselamatan sukar dipantau, terutama bagi kemudahan yang dibuka kepada orang awam.

“Mana-mana kolam renang untuk kegunaan umum wajib memohon kelulusan dan lesen PBT. Apabila tidak mematuhi peraturan, risiko keselamatan meningkat dan tragedi boleh berlaku,” katanya selepas Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15 di sini hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati kolam renang di rumah kelab di Lenggeng dan sebuah inap desa di Port Dickson tidak pernah memohon lesen, walaupun digunakan oleh pelanggan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN