fbpx
Asyraf Wajdi

Kurang dua bulan, Rumah Bangsa terima 21,858 pendaftaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dalam tempoh tidak sampai dua bulan dilancarkan, Rumah Bangsa mencatatkan pendaftaran berjumlah 21,858.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia meliputi pendaftaran ahli baharu, kemasukan kembali bekas-bekas pimpinan dan ahli-ahli parti UMNO termasuk pimpinan parti Bersatu seluruh negara.

Jelas beliau, jumlah tersebut dicatat sejak secara rasmi pendaftaran secara atas talian dibuka pada 20 April lalu sehingga Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, kelmarin.

“Moga Allah berkati dan rahmati Rumah Bangsa ini yang banyak jasanya dalam mencorakkan dan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air sepanjang lapan dekad di persada perjuangan,” katanya di media sosial, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kemasukan tiga lagi bekas pemimpin UMNO ke Rumah Bangsa iaitu bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ahli Majlis MKT, Tan Sri Noh Omar dan dan Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, kepulangan mereka ke ‘pangkuan’ UMNO menunjukkan Rumah Bangsa mempunyai hala tuju dan objektif yang jelas.

Jelas beliau, keputusan itu juga dapat memperkukuhkan lagi parti itu bagi menghadapi cabaran semasa sekali gus mampu menarik orang Melayu untuk menyertai UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN