fbpx
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Haji Abas, Baling hari ini.

Tiga hari tidak hadir kerja akhirnya terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Tanda tanya mengenai seorang lelaki warga emas yang tidak hadir bekerja selama tiga hari akhirnya terjawab apabila dia ditemukan tidak bernyawa di rumahnya di Kampung Haji Abas, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mangsa berusia lingkungan 60-an itu pada pukul 11.37 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak hadir bekerja di sebuah kuari batu di Kampung Bawah Gunung sejak tiga hari lalu sebelum penyelianya datang ke rumah untuk mencarinya.

“Apabila tiba di rumah, penyelia mangsa mendapati lelaki itu berada di atas sofa di ruang tamu sebelum menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan membuka pintu rumah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini. 

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Baling untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah coronary atherosclerosis (penyakit berkaitan jantung) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN