fbpx
TANGKAP layar menunjukkan pengantin perempuan diarak oleh bang kandungnya yang mengenakan pakaian Power Rangers.- AGENSI

Pengantin perempuan diarak ‘Power Rangers’ naik pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA- Majlis perkahwinan sepasang pengantin suku Sunda di Indonesia tular di media sosial selepas pengantin perempuan diarak menuju ke pelamin oleh dua orang memakai kostum adiwira popular, Power Rangers, lapor agensi berita kumparan. 

Menurut media tempatan, Wolipop yang memetik akaun Instagram @dbox.project, individu di sebalik kostum Power Rangers berkenaan bukanlah kru perkhidmatan hiburan yang disewa khas.

Sebaliknya, mereka merupakan abang kandung kepada pengantin perempuan. 

Tindakan memakai kostum Power Rangers itu dilakukan semata-mata demi menepati janji yang pernah dibuat kepada adik bongsu mereka sejak sekian lama.

Aksi penuh bermakna itu mendapat pelbagai reaksi positif  pengguna media sosial. 

Rata-rata, netizen menyifatkan detik tersebut sebagai simbol kasih sayang  mendalam sesama adik-beradik yang disampaikan secara kreatif dan menghiburkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN