PETALING JAYA – Kejadian banjir besar yang menenggelamkan bandar Hatyai, Thailand baru-baru ini, menyebabkan rakyat Malaysia membatalkan hasrat untuk berkunjung ke daerah itu kerana bimbang dengan kesan pasca bencana itu. Kejadian banjir pada hujung bulan lalu itu menjejaskan operasi perniagaan, pengangkutan dan beberapa kawasan tumpuan pelancong. Seorang pembantu kedai dikenali sebagai Roziey, 46, berkata, dia bersama sembilan rakan membuat keputusan membatalkan percutian ke Hatyai yang dijadualkan pada 12 hingga 14 Disember ini biarpun tempahan hotel sudah dibuat. “Ada rakan cadang……














