fbpx
Salah sebuah kenderaan yang ditunda keluar dari Hatyai, Thailand baru-baru ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Banjir Hatyai: 120 kenderaan dijangka selesai ditunda keluar hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Sebanyak 120 kenderaan milik rakyat Malaysia yang rosak akibat ditenggelami banjir di Hatyai, Thailand dijangka selesai ditunda keluar menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini.

Pengusaha insurans FTC Al Fauzan Thailand Insurance (FTC), Mohd. Uzair Mohamad Daud berkata, proses menunda keluar semua kenderaan tersebut dilakukan 20 trak tunda yang dibenarkan oleh Kerajaan Thailand sejak Sabtu lalu.

“Sebanyak 120 pemilik kenderaan membuat pendaftaran dengan pihak kami. Proses menunda yang dilakukan sejak Sabtu lalu dijangka selesai hari ini.

“Terdapat lagi kenderaan rakyat Malaysia di sana, namun kami tidak boleh menunda tanpa persetujuan daripada pemilik kerana ia melibatkan keselamatan dan kos,” katanya di sini hari ini.

Katanya, setakat ini lebih 80 kenderaan telah ditunda dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam.

FTC dilantik sebagai pihak yang menguruskan proses menunda keluar kenderaan rakyat Malaysia dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam dengan kebenaran Kerajaan Thailand hasil kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Terdapat sebahagian kenderaan yang telah dibawa keluar menggunakan trak tunda Thailand dan difahamkan masih ada yang tersadai di sana.

Mengikut undang-undang sedia ada, trak tunda Malaysia tidak boleh mengambil sebarang kenderaan di Thailand termasuk sehingga ke Hatyai.

Kosmo! kelmarin melaporkan proses mengeluarkan kenderaan milik rakyat Malaysia yang rosak akibat ditenggelami banjir di Hatyai berdepan kesukaran apabila sebahagiannya terbalik serta beralih dari kedudukan asal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN