Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah sudah pun selesai dan dengan ini, maka sahlah calon yang menang bergelar Yang Berhormat (YB). Sebagai pengundi atau lebih tepat lagi rakyat Sabah, tiada apa yang mampu dikatakan selain ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada mereka. Tetapi sebagai pengundi yang berasal dari kampung, saya ingin ingatkan satu perkara yang sering diabaikan setiap kali pilihan raya selesai iaitu YB tiba-tiba ‘hilangkan diri’. Ketika kempen, bukan main rajin datang masuk kampung, senyum sampai telinga, janji……














