fbpx
GAMBAR fail kenderaan penjelajah Perseverance di Marikh. - Foto AFP

Saintis dapati ada kilat di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Sekumpulan saintis mengesan apa yang mereka percaya sebagai kilat di Planet Marikh selepas mendengar rakaman deruan angin daripada kenderaan penjelajah Perseverance milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), lapor portal berita CBS News semalam.

Pasukan penyelidik diketuai Perancis itu berkata, bunyi percikan daripada pelepasan elektrik dirakam menerusi sebuah mikrofon pada kenderaan tersebut.

Kumpulan penyelidik mendokumentasikan 55 kejadian kilat mini sepanjang dua tahun di Marikh, kebanyakannya berlaku semasa ribut debu dan pusaran debu. 

Ia berlaku dalam jarak kira-kira 1.8 meter dari mikrofon yang diletakkan di atas tiang tinggi kenderaan tersebut, sebahagian daripada sistem untuk mengkaji batuan Marikh menggunakan kamera serta laser. 

Percikan daripada pelepasan elektrik itu kedengaran jelas di tengah-tengah deruan angin dan hentaman zarah debu pada mikrofon tersebut.

“Saintis-saintis menyelidik aktiviti elektrik dan kilat di Marikh selama setengah abad, kata penulis utama kajian, Baptiste Chide dari Institut Penyelidikan Astrofizik dan Planetologi di Toulouse.

“Ia membuka satu bidang penyelidikan yang benar-benar baharu dalam sains Marikh,” kata Chide. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI