fbpx
MASIH aktif memenuhi undangan berlakon, Raja Afiq menerusi pengurusannya tampil memberikan pencerahan bekenaan dakwaan dia sudah menoktahkan karier seni.

Belum bersara, Raja Afiq terbuka terima tawaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Meleraikan kekeliruan, pelakon Raja Afiq menafikan dakwaan kononnya dia sudah berundur daripada arena seni seperti yang tular dalam media sosial.

Perkara tersebut didedahkan wakil pengurusannya menerusi kenyataan rasmi yang memaklumkan artis naungan mereka itu masih aktif berlakon, malah baru selesai menyempurnakan penggambaran filem Black Ops: Operasi Serigala.

Dakwaan tersebut disifatkan sebagai tidak tepat selain tidak menggambarkan perkembangan sebenar kerjaya aktor terbabit.

“Sebarang kenyataan yang memberi gambaran Raja Afiq tidak lagi aktif dalam bidang lakonan atau telah meninggalkan industri adalah tidak benar, mengelirukan serta tidak mengambil kira perkembangan terkini kerjayanya,” tulis kenyataan tersebut.

Menerusi kenyataan sama, pihak pengurusan memaklumkan bermula hari ini segala perkara berkaitan kerjaya seni Raja Afiq akan dikendalikan sepenuhnya pengurusan baharu.

“Syarikat pengurusan yang akan menyelaras penampilan media, kerjasama komersial serta pembangunan jenama pelakon berkenaan,” katanya.

Selain aktif membintangi filem, drama dan telefilem, aktor berusia 31 tahun itu turut membuka ruang untuk pelbagai bentuk kerjasama.

“Ini termasuk program televisyen, acara korporat, pelantikan sebagai duta atau wajah kempen serta kolaborasi pemasaran dan kandungan digital,” tulisnya.

Kata kenyataan itu lagi, fokus utama Raja Afiq ketika ini adalah mengukuhkan semula kedudukannya dalam industri hiburan menerusi penglibatan dalam pelbagai projek berkualiti.

Wakil syarikat juga menggesa semua pihak mendapatkan pengesahan rasmi sebelum menyiarkan sebarang berita berkaitan pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu bagi mengelakkan salah faham dan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Terdahulu, bakat lakonannya mula dicungkil di uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2014 dan tiga tahun kemudian dia dilantik menjadi duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN