fbpx
Gambar hiasan.

Tauke kedai emas rugi RM144,060 tertipu pembelian dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang pengusaha kedai emas kerugian RM144,060 akibat diperdaya pelanggan yang menipu pembayaran bagi pembelian jongkong emas atau ‘gold bar’ secara dalam talian pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya, lelaki berusia 63 tahun itu telah dihubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 12.49 tengah hari, Selasa lalu.

“Suspek mendakwa mahu membeli tiga ‘gold bar’ 999.9 seberat keseluruhan 253.63 gram bernilai RM144,060. Mangsa kemudiannya diberi tangkap layar kononnya resit pembayaran bank daripada suspek menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, pengusaha kedai emas tersebut yang tidak menaruh sebarang syak kemudiannya telah menyerahkan tiga keping ‘gold bar’ terbabit kepada seorang lelaki mendakwa pekerja suspek pada pukul 5.24 petang, hari sama.

Beliau berkata, tidak lama kemudian, suspek sama membuat tempahan barangan kemas lain yang menyebabkan mangsa curiga.

“Mangsa kemudiannya membuat pengesahan pembayaran tersebut yang dilakukan suspek sebelum ini di sebuah bank di daerah ini. Alangkah terkejut dia apabila pegawai bak berkenaan memaklumkan transaksi yang dibuat suspek menerusi cek tidak sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI