fbpx
Laluan ke Wang Kelian yang berlaku kejadian tanah runtuh, baru-baru ini.

Jalan Wang Kelian ditutup atas faktor keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Laluan utama menuju Wang Kelian dan View Point ditutup sepenuhnya kepada semua pengguna jalan raya bermula pukul 7 malam ini susulan penilaian risiko keselamatan yang dijalankan pihak polis dan agensi teknikal.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat khas melibatkan pelbagai agensi keselamatan diadakan di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) UniMAP Sg. Chuchuh pada semalam.

“Penutupan jalan ini perlu dilaksanakan serta-merta atas faktor keselamatan pengguna.
“Laluan hanya akan dibuka semula selepas pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan keadaan jalan stabil, sesuai dan benar-benar selamat untuk dilalui,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat itu dihadiri wakil teknikal dan keselamatan termasuk JKR, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan.

“Antara keputusan utama ialah pelaksanaan pemantauan 24 jam di semua kawasan terjejas. Sebarang perkembangan mengenai pembukaan semula laluan akan dimaklumkan selepas penilaian lanjut dibuat,” jelasnya.

Orang ramai dinasihatkan tidak meredah kawasan banjir, sentiasa mematuhi arahan anggota bertugas dan mengelakkan perjalanan ke kawasan berbukit atau rendah yang berisiko dinaiki air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN