fbpx
Warung Pak Din One Dollar dilanda banjir sejak tengah malam tadi.

Restoran terjejas banjir, tauke tetap masak buat sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seperti satu tradisi, sebuah restoran di Kampung Suka Menanti di sini akan mengagihkan makanan kepada penduduk setempat yang terjejas ekoran banjir yang melanda kawasan itu ketika ini.

Anak kepada pemilik Warung Pak Din One Dollar, Mohd. Faizal Jamaluddin, 37, berkata, meskipun kawasan restoran keluarganya terkesan dengan banjir, namun mereka tetap menggunakan bahan mentah sedia ada untuk menyediakan masakan buat mangsa banjir.

“Bahan mentah semua sudah ditempah, jadi untuk tidak membazir, kami akan masak dan agihkan makanan itu. Bermula petang nanti kami akan mulakan dengan roti bakar kerana stok roti sudah ditempah untuk minggu ini.

“Mungkin dalam 300 pek akan diagihkan dan esok kami akan masak makanan yang lebih berat kerana stok bahan mentah masih banyak seperti udang, sotong dan daging,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bercerita tentang banjir itu, katanya dia dan pekerja restoran terpaksa berjaga malam untuk memindahkan barang ke tempat selamat ekoran kawasan itu dinaiki air sejak tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN