fbpx
Mohamad Izwan menyusun kerusi meja selepas rumahnya di Jalan Kebun Baru, Sungai Durian ditenggelami banjir kilat di Pontian, hari ini. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI / KOSMO!

Kelewatan kerja pembinaan pintu air didakwa punca banjir besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Penduduk Jalan Kebun Baru, Sungai Durian di sini mendakwa banjir yang berlaku di kampung mereka pada Sabtu lalu didakwa disebabkan kelewataan pembinaan pintu air Sungai Durian.

Mereka mendakwa banjir yang berlaku merupakan paling buruk melibatkan 20 rumah penduduk, ditambah dengan air pasang setinggi 3.6 meter menyebabkan semua kediaman dimasuki air.

Seorang penduduk, Mohamad Izwan Abdul Samad, 39, berkata, walaupun kampung tersebut kerap dilanda banjir kilat, namun tidak seburuk yang berlaku baru-baru ini dengan penduduk diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, dia difahamkan kerja-kerja pembinaan pintu air Sungai Durian lewat disiapkan menyebabkan aliran air dari kawasan sekitar turun ke kawasan tersebut menyebabkan berlakunya limpahan besar.

“Kami penduduk merasa kecewa dengan kelewatan menyiapkan pintu air menyebabkan penduduk menerima kesannya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Jalan Kebun Baru, Permas, di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Shahrom Rahmat, 60, berkata, ketika kejadian, dan isteri, Nora Haron, 50, bertungkus lumus terutamanya menyelamatkan barangan cendermata bagi majlis perkahwinan anaknya yang dijangka diadakan pada awal bulan Julai nanti.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Jefridin Atan ketika dihubungi berkata, beliau telah membawa masalah pintu air berkenaan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKT) Daerah Pontian hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN