fbpx
Fadhlina pada sidang akhbar selepas selesai Majlis Penyerahan Aset Sekolah Angkat Madani SPA di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, hari ini. Foto Danial Saad

Guru gagal lapor diri? Tunggu selesai penempatan dahulu – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) menunggu proses pendaftaran guru baharu selesai sepenuhnya sebelum mengenal pasti punca kes segelintir calon didakwa gagal melaporkan diri ke sekolah pada tarikh ditetapkan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pendaftaran baharu yang bermula Isnin lalu masih dalam proses dan pihaknya mempunyai masa untuk meneliti secara keseluruhan termasuk punca guru berkenaan tidak hadir melaporkan diri.

“Sebaik sahaja saya dapat laporan penuh selepas selesai penempatan (guru), mungkin kita akan maklumkan dari semasa ke semasa. Ini kerana kita belum lagi dapat maklumat secara keseluruhan dan ini penting untuk kita pastikan bahawa walaupun ada isu (tidak lapor diri) itu, kita kena segera atasi supaya isu kekurangan guru ini dapat diatasi,” katanya ketika diminta mengulas berhubung isu terbabit.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menghadiri Majlis Penyerahan Aset Sekolah Angkat Madani Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap di sini.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun berkata, isu berkenaan tetap perlu diberikan perhatian walaupun jumlah guru tidak melaporkan diri sangat kecil.

Kosmo! semalam melaporkan, seramai tujuh orang guru yang diambil menerusi inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak telah meletak jawatan.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli dilaporkan berkata, selain itu, seramai 51 orang tidak melapor diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN