NAMA Maihazan Nurafendy, pelari denai Malaysia, disebut-sebut sejak kebelakangan ini apabila berjaya menamatkan larian berprestij ultratrail TOR450 di kawasan pergunungan Itali. TOR450 merupakan salah satu larian jarak jauh yang terkenal dalam kalangan pelari denai tempatan dan juga antarabangsa. Penyertaan Maihazan menandakan komitmennya dalam mengharungi cabaran ekstrem sukan larian denai, lebih-lebih lagi apabila Maihazan menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia yang terpilih ke acara sukan ekstrem yang berlangsung pada September lalu itu di Courmayeur, Valle d’Aosta, Itali. Dia juga sekali lagi bakal……















