NAMA saintifik ikan ini ialah Anodontostoma chacunda. Fizikalnya bertubuh nipis tetapi lebar.
Memiliki tanda hitam di kiri dan kanan selepas penutup insang, bersisik besar berwarna keperakan, ekor bercabang dan bertulang banyak. Saiz ikan ini kecil sahaja sekitar 14 hingga 22 sentimeter
(sm).
Ikan ini biasanya hidup di pesisir pantai dan akan masuk ke kawasan estuari serta sungai-sungai berair masin.
Selalunya, ikan ini kami dapat di kawasan muara dan kebanyakannya betina kerana ia mempunyai telur.

Mungkin ia masuk ke kawasan sungai untuk membiak, tidak dapat saya pastikan.
Ikan kebasi ini biasanya hadir dalam bilangan yang banyak dalam satu kumpulan, dan ia sukar dipancing, walaupun ada yang pernah menaikkannya dengan menggunakan apollo bermata kail paling halus. Biasanya, ikan ini lebih mudah ditangkap menggunakan jala atau jaring.
Masakan ikan kebasi
Kebasi spesies ikan bertulang banyak dan sesuai dijadikan ikan pekasam atau ‘bekok’.
Bagi ikan
yang masih segar, ia sebaiknya perlu dikelar rapat-rapat dan digaul dengan garam serta kunyit sebelum digoreng garing.














