fbpx
Seorang pelajar UiTM membeli nasi bajet yang dijual pasangan suami isteri di Lendu, Melaka baru-baru ini.

Jual nasi bajet RM5 elak pelajar berlapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Prihatin de­ngan kesukaran segelintir pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawa­ngan Lendu untuk menikmati makanan pada harga Rahmah, sepasang suami isteri di Lendu tampil menjual nasi bajet RM5.

Ahmad Amirul Azhan Ramlan, 27, berkata, idea itu tercetus selepas dia dan isterinya, Nailah Zakaria, 27, yang juga alumni UiTM, menyedari ramai pelajar berdepan kekangan untuk membeli makanan pada harga rendah.

Katanya, susulan itu mereka menawarkan set nasi bajet berharga RM5 yang mengandungi nasi putih, telur dadar, sayur serta lauk utama seperti ayam masak lemak cili api atau buttermilk ayam, bergantung kepada menu harian.

“Kami balik kerja pada pukul 5 petang, selepas itu baru masak, jadi tak ambil banyak (pesanan) sebab nak jaga kualiti.

“Kalau buat banyak sangat, takut tak sedap atau tak sempat masak, setakat ni 20 ke 30 pek sahaja. Kami hantar di blok asrama mereka,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, sebelum ini dia juga berkongsi inisiatif itu di platform Threads untuk mendapatkan respons pelajar dan tidak menyangka ia tular di media sosial sehingga ada pihak lain yang turut sama ingin menyumbang makanan.

Katanya, hasil infak yang dite­rima juga telah membolehkan pelajar menikmati makanan sama pada harga cuma RM1.

“Kami tetap kenakan bayaran RM1 supaya mereka tak segan nak ambil percuma, itu sahaja. RM1 itu pun nanti kami akan infak semula untuk tempahan seterusnya. Alhamdulillah, mereka seronok sangat.

“Ada yang beri cadangan untuk buat ayam gepuk, kami tengok dulu macam mana sebab menu pun kena bergantung bajet juga. Sekiranya banyak infak, kami plan juga nak buat shell out,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN