fbpx
LIRIDON pernah membintangi saingan antarabangsa Ballers League sejak kebelakangan tahun ini. - IG LIRIDON KRASNIQI

Liridon tunggu panggilan Harimau Malaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEKAS bintang naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi dilaporkan masih menaruh impian untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Memandangkan situasi yang menyaksikan tujuh pemain warisan negara dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikenakan hukuman oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kehadiran Liridon mungkin mampu memberi ‘talian hayat’ kepada Harimau Malaya.

Mengambil kira pembabitan Liridon dalam pertandingan Ballers League, ramai menganggap kualiti yang ada padanya membolehkannya mengalih fokus kepada skuad futsal negara.

Pengendali skuad futsal negara, Rakphol Sainetngam memaklumkan pemain berasal dari Kosovo berusia 33 tahun itu seakan tidak mahu ‘tukar bidang’ dan membayangkan lebih cenderung kepada bola sepak.

“Kami sudah cuba (hubungi Liridon) tetapi dikatakan dia tidak suka sukan futsal,” katanya.

Usaha dilakukan Sainetngam itu adalah sebahagian perancangan menyiapkan skuad terbaik menghadapi Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta, Indonesia pada 27 Januari hingga 7 Februari tahun depan.

Bagi saingan berprestij Asia itu, skuad futsal negara diundi dalam Kumpulan D bersama Iran, Afghanistan dan Arab Saudi.

Selain daripada kelebihan fizikal, bekas arkitek Kedah dan Johor Darul Ta’zim itu juga dilabel sebagai pemain yang memiliki teknik berkualiti tinggi terutamanya dalam aspek pengawalan bola dan kreativiti.

Aspek itu dianggap kelebihan penting dalam permainan futsal yang mementingkan kepantasan dan kualiti kawalan bola di ruang terhad berbanding bola sepak.

“Kami sudah ada pemain yang bagus. Pemain-pemain ini sudah bersama saya selama dua tahun, mereka faham sistem saya dan apa sahaja yang saya mahukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI