fbpx
MCMC menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki selepas memuat naik paparan imej suntingan berita yang mengelirukan di platform Facebook.

Individu guna logo Utusan Malaysia fitnah PMX ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran dimuat naik oleh seorang individu di platform Facebook yang memaparkan imej disunting menyerupai laporan portal berita tempatan bertajuk ‘Anwar akui banyak kesilapan perjanjian dengan US’.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, imej suntingan tersebut yang disertakan dengan logo portal Utusan Malaysia juga didapati palsu dan berpotensi mengelirukan orang ramai.

“Siasatan awal turut mengesahkan bahawa Utusan Malaysia telah menafikan penerbitan laporan berkenaan serta menjelaskan ia merupakan penyalahgunaan nama dan logo akhbar tersebut.

“Sehubungan itu, individu disyaki dipanggil bagi membantu siasatan dan keterangan telah dirakam hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, Melaka,” katanya di sini hari ini.

MCMC berkata, satu peranti telefon bimbit dan satu kad sim telah disita bagi tujuan analisis forensik digital.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“MCMC menasihatkan orang ramai agar sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi di media sosial, terutamanya kandungan yang menggunakan identiti atau logo organisasi media tanpa kebenaran.

“Penyebaran kandungan palsu boleh menjejaskan kredibiliti sumber berita sahih dan mengundang tindakan undang-undang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN