SETIAP tahun Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) merupakan satu acara yang dinanti-nantikan para peminat acara larian di negara ini. Malah, acara itu digelar ‘hari raya’ bagi pelari kerana dianggap satu perayaan besar berikutan disertai puluhan ribu peserta. Michelle Chua Khit Yeng antara pelari yang tidak melepaskan peluang menyertai KLSCM tahun ini. Lebih membanggakan buat ibu seorang cahaya mata itu apabila dia berjaya menjadi juara dalam kategori Terbuka Wanita Malaysia dengan catatan masa larian 3 jam 5 minit 40 saat……














