fbpx
Sebatang pokok tumbang dilihat di St. Catherine, Jamaica sejurus sebelum Taufan Melissa melanda daratan kelmarin. - AFP

Taufan Melissa badai Haiti, 20 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT-AU-PRINCE – Sekurang-kurangnya 20 orang, dengan 10 daripada mereka kanak-kanak disahkan terkorban dalam banjir di Haiti yang disebabkan oleh Taufan Melissa, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Kebanyakan mangsa terbunuh apabila air sungai melimpah di Petit-Goave, menyebabkan 25 orang terkorban, kata datuk bandar tersebut.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) memberi amaran bahawa Taufan Melissa berpotensi menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh.

Haiti jauh kurang membangun berbanding jirannya, dan disebabkan itu, negara berkenaan mengalami kerosakan meluas dengan banyak komuniti terputus hubungan akibat kemusnahan yang dibawa taufan tersebut, demikian menurut NHC.

Di Petit-Goave selatan Haiti, ramai penduduk masih terperangkap di dalam rumah-rumah yang runtuh, manakala di sepanjang pantai selatan Haiti, banyak rumah telah dihanyutkan.

“Anda dapat melihat banyak bumbung tercabut. Orang ramai membersihkan serpihan dengan tangan kosong,” kata Pascal Bimenyimana daripada pertubuhan NGO World Relief.

Bimenyimana berkata, 3,000 orang masih berada di tempat perlindungan sementara di selatan negara itu.

Taufan Melissa menyebabkan kerosakan di beberapa rantau Caribbean, dengan Jamaica, Cuba dan Haiti paling teruk terjejas.

Ribut itu bergerak ke arah timur laut menuju Bahamas dan Bermuda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI