fbpx
JULIA mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan tidak lagi berhijab namun itu yang diperlukannya ketika ini.

‘Ini yang saya perlukan ketika ini’ – Julia Farhana tanggal hijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Sejujurnya, ini merupakan satu perjalanan yang agak panjang sejak Ramadan lalu.”

Demikian respons pelakon Julia Farhana berhubung tindakannya memuat naik foto tidak lagi memakai hijab dalam media sosial.

Julia atau nama penuhnya Julia Farhana Marin, 32, menjelaskan bahawa perubahan tersebut bukanlah satu keputusan yang mudah selain tidak menyangka perkara sedemikian akan dilalui dalam fasa hidupnya.

“Banyak perkara berubah dan saya sedang melalui satu fasa yang hanya diri saya sahaja faham. Saya tidak mengharapkan orang lain untuk memahaminya.

“Allah SWT tahu niat saya dan sudah tentu orang akan cakap ‘niat tidak menghalalkan cara’. Pastinya perjalanan memberi komitmen untuk terus berhijab adalah satu peralihan yang sangat besar.

“Saya tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku tetapi saya mahu mengambil masa buat diri sendiri untuk kali ini,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi.

Pelakon filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu bagaimanapun menegaskan tidak berniat untuk menggalakkan tindakannya sebaliknya memohon ruang daripada orang ramai untuk terus belajar.

“Saya tidak berniat untuk menormalisasikan apa yang saya lakukan, tetapi saya tahu inilah yang saya perlukan dalam hidup ketika ini.

“Saya mencuba sehabis baik, setiap apa yang dilakukan adalah demi Pencipta saya.

“Namun, pada akhirnya saya hanyalah seorang manusia biasa yang memerlukan masa untuk proses, belajar dan terus memperbaiki diri,” jelasnya.

Dalam masa sama, Julia meluahkan rasa syukur apabila orang sekelilingnya termasuk peminat memberikan sokongan buat dirinya.

“Tetapi Alhamdulillah, orang sekeliling saya sangat baik dan penuh dengan kasih sayang.

“Saya tersangatlah bersyukur untuk perkara itu dan terharu dengan semua orang, sama ada melalui media sosial, WhatsApp peribadi, DM (mesej langsung), mereka mendoakan yang baik-baik. Alhamdulillah,” luahnya.

Menerusi Instagram, Julia memuat naik foto tanpa hijab dengan kapsyen: “Menemui diri saya dan tidak akan kehilangannya lagi.”

Pada Mei lalu, Julia mengundang perhatian ramai apabila berkongsi video tanpa memakai hijab dalam InstaStorynya.

Dia juga dilihat menukar foto profil akaun Instagramnya dengan imej tidak berhijab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN