fbpx
BRAZIL menikmati tiga mata pertama di pentas Piala Dunia selepas berjaya menjinakkan Haiti semalam. - AFP

Piala Dunia 2026: Brazil sudah ada sasaran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHILADELPHIA – Brazil kembali menyerlahkan permainan paling sempurna ketika mencatat kemenangan pertama di pentas Piala Dunia kali ini dengan mengatasi Haiti 3-0 pada aksi kedua Kumpulan C Piala Dunia 2026 di Stadium Philadelphia, semalam.

Pengendali Brazil, Carlo Ancelotti menjelaskan perkara paling utama adalah kemahuan pemain dan juara dunia lima kali itu perlu mengekalkan aksi dan prestasi sama hingga ke pusingan kalah mati.

“Ia adalah perlawanan yang sempurna dan aksi di babak pertama adalah lebih baik. Di babak kedua, kami berjaya mengawal permainan, mencipta banyak peluang dan sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol.

“Inilah yang kami harapkan, tampil aksi terbaik dan kurangkan kesilapan. Berdasarkan intensiti permainan, kami tampil dengan gaya permainan yang cemerlang, namun kami harus tingkatkan lagi kualiti permainan.

“Sudah pasti saingan di pusingan kalah mati akan lebih mencabar, jadi kami perlu membuat persediaan yang rapi,” katanya.

Pada aksi kali ini, Matheus Cunha menjadi pemain paling menyinar apabila menyumbangkan dua gol diikuti satu daripada Vinicius Jr sekali gus mencerahkan harapan untuk layak ke pusingan kalah mati.

“Kami akan persiapkan pasukan untuk hadapi perlawanan selepas ini kerana kami mahu teruskan kemaraan. Scotland mempunyai karakter dan pada perlawanan kedua, mereka berjaya mencipta masalah kepada Maghribi,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN